News Category
Archives
Latest Posts
D'SAWAH RUN GEMAS 2023 adalah sebuah acara larian jalanraya (roadrace) dengan 90% tarmac & 10% laluan sawah. Event ini adalah lanjutan dari acara Fun Ride Sawah Colour Run yang telah diadakan pada tahun 2022. Program ini mendapat sambutan yang amat baik dengan jumlah pendaftaran penuh dalam masa 3 jam sahaja. Keunikan program ini adalah persekitaran larian mengelilingi sawah padi yang menghijau serta suasana kampung yang damai serta permai. Oleh itu, tahun ini kami mengorak langkah untuk menjadikan event ini lebih besar melibatkan penyertaan dari seluruh Negara.
Untuk acara tahun ini akan melibatkan 2 kawasan sawah yang berasingan iaitu di Sawah Londah dan Sawah Bangkahulu. Peserta akan dapat menikmati suasana sawah padi yang berada di Selatan Tanahair yang mana ianya sudah tentu sesuatu yang asing dan unik. Selain itu pelbagai acara telah dirancang untuk memeriahkan suasana di sepanjang larian anda. Yang paling istimewa sudah tentunya hidangan makanan kampung "Noghori" yang akan disajikan kepada anda semua setelah selesai larian. Yang pasti salah 1 makanan yang tersenarai sebagai 50 makanan paling sedap di dunia akan dihidangkan khas untuk anda.
Program ini juga dijangka mampu menarik lebih ramai peserta bukan sahaja tempatan malahan dari luar negara. Melalui penganjuran program ini diharap dapat mempromosikan keunikan Daerah Kecil Gemas yang masih mempunyai sawah padi di samping tarikan-tarikan yang lain seperti Muzium Keretapi Tampin, Gua Emas, Jambatan Perang Dunia Ke-2 dan lain-lain lagi. Selain itu juga, para peserta akan dibawa untuk memahami dan menghayati sejarah perkembangan laluan keretapi Gemas yang merupakan titik penting pertemuan jajaran keretapi Pantai Timur dan Pantai Barat.
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
.jpg)
Comments (0)
No comment